Monday, May 5, 2014

Jodoh

"Jodoh Pertemuan Ajal Maut ditangan Tuhan" ayat cliche orang-orang melayu. Jodoh dah ditentukan olehNya sejak kita dalam kandungan lagi. Tak siapa tahu siapa jodoh kita sehingga masa yang telah ditentukan olehNya utk kte bertemu jodoh kita. Sesungguhnya Dia adalah perancang yang terbaik.

Okay harini mcm terasa nak cite pasal jodoh. Seperti ayat mukadimah diatas Jodoh itu rahsia Allah. Bercintalah korang 20 tahun pun kalo dh tercatat dia bukan jodoh korang 1001 cara korang usaha pn tak akan berjaya. Dan kalauah dia jodoh yang telah tercatit olehNya, gaduh 1001 kali pun korang akan tetap bersama. One of my friend pena cakap "Love is freedom. If you love someone let it free, if it meant to be he/she will come at the right time in a perfect moment"

Jodoh datang dengan pelbagai cara. kadang kala datang tanpa disangka, kdanag hadir tanpa diduga dan kekadang pula datang tanpa dipinta. Tapi percayalah jika Allah dh takdirkan itu jodoh kita maka percayalah padaNya kerana Dia adalah sebaik-baik pencipta.

Sebenarnya aku terasa nak bercerita pasal jodoh sebab aku bru je mendengar cerita kawan baik aku yang tibe-tiba bgtau aku dia bertunang and she gonna get married This Year. Masa 1st dia bgtau aku dia dh bertunang aku rasa mcm nak pengsan. Yela, last aku jumpe dia bln 2. Masa tu dia single and igt lagi aku dia ckp "hmmmmm.. nampak gayanya aku ngan mamal la kawen last" tup.. tup dh bertunang. Tak terperanjat beruk dibuatnya.

So tadi aku pn berjumpalah dgn bestfriend aku ni. Yela knelah catchup apa yg dh berlaku. Cerita perkenalan dia dgn tunang dia tu tersangat la romantik. So gini la cerita dia kurang lebih.

Awal bulan 3 yang lalu A (bkn nama sbnr. Nak bgtau nama sbnr takot dia segan) telah pergi ke umrah bersama keluarganya. Kat sanalah A berjumpa tunangnya tu. Tapi A sejujurnya cakap "mula-mula aku tak pandang pun dia. Kau taulah dia tu bkn taste aku pun"  Disebabkan kumpulan tour group dorg ni tak ramai, makanya family dorg ni agak rapatla. Slalu makan sesama dan tunang si A ni pula rajin pegi masjid dgn ayah A (amboi pandai sgt ambil hati bapa mertua dlu). 

Sepanjang-panjang dorg ada kat Mekah dan Madinah ni dorg tak bertegur sapa lgsg. Just sembang-sembang dengan family jela. Sampailah dorg kembali ke Malaysia. Masa kapal terbang landed je masa nak amek beg, si A dengan muka bru bgn tidur+tgh tahan nak kencing, tunag dia buat pertama kalinya menegurnya. "nak amek beg ke?" lalu A membalas "aah" dengan muka mamai. "A dh keje ke?" sambung tunangnya lgi "dah! eh k la pegi dlu. k bai" terus A berlalu pergi. 

Beberapa minggu berlalu, tiba-tiba tunang dia add A di FB dan mereka mula berbual. Tapi takdelah bual-bual mengorat ke apa. Mesej mesej pn kekadang je. Oh dan suatu harini tbe-tiba mak si tunang A ni call mak A and cakap hasrat anaknya tuk melamar A. Rupa-rupanya tunang dia dh berkenan sejak jumpe kat sana lagi dan masa kat jabal rahmah (tempat org slalu doa tuk berjumpa jodoh) tu tunang dia memang dh doa nak bersama si A. Dan Si A plak doa moga dapat suami yang soleh. Alhamdulillah doa dorg dimakbulkan.

begitulah ceritanya. dan sekarang mereka sedang sebuk menyiapkan hal-hal perkahwinan yang bakal berlangsung 6 bulan nnt. Macam nak nanges aku dgr cerita dia. tapi sejujurnya aku cemburu, Dia bertemu jodoh di tempat yang paling suci, 2 insan yang berdoa agar ditemukan jodoh yang baik, Doa dimakbulkan oleh yang maha Esa dan bakal disatukan tak lama lagi. 

Perempuan mana yang tak teringin nak ada suami yang soleh mcmtu. dan yang lebih indah dorang akan bercinta lepas kawen. Ohhh seronoknya........ Sebagai seorang kawan aku tumpang gembira tgk dia gembira dan aku tak sabar sangat nak tgk dorg naik pelamin. Moga kekal sampai ke Jannah sayang!

Dan aku sedar, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Siapalah diri aku ni untuk mendapat suami yang sesoleh tunang A. Terlalu banyak harus diperbaiki dan yang paling penting yakinlah pada Tuhan kerna Dia hanya mahukan yang terbaik untuk hambanya.

XOXO,
Mamal Rahman

2 comments:

Zaza said...

kak akmall. kamu bila lagiiii??

Mamal Rahman said...

kte tgg kak farina dlu.. hehe