Monday, March 31, 2014

Mainan Tidur

MIMPI. ada yang kata ia hanya mainan tidur. Ada juga yang percaya ia adalah petanda samaada baik atau buruk. Aku?

Aku tak pernah terkesan dengan mimpi-mimpi aku sebab selama ini aku percaya ia hanyalah mainan tidur (tp kalo mimpi jumpe lelaki hensem mesti berharap ia jd realiti), sehingga 1 hari dimana aku bermimpi ngeri(hantu) dan kebetulan esoknya tu ada ustaz dtg. Lalu aku yang naif ni pun bertanya pada ustaz benarkan mimpi aku itu sbb mimpi tu seolah-olah real (yela ketika itu aku tinggal di hostel yang agak creepy) Bila diceritakan mimpi aku pada ustaz, ustaz ingin melihat kamarku. Bila aku bawa ustaz ke kamarku ternyata apa yang aku nampak dalam mimpi aku adalah benar. Dan sejak dari itu bila aku sedar dari mimpi aku dan aku ingat setiap yang berlaku dalam mimpi itu aku yakin mimpi itu adalah satu petanda yang aku sendiri tak tahu baik buruknya.

Dan hari ini aku mimpi lagi. Mimpi yang kurang enak untuk diceritakan mahupun untuk didengari. Mimpi aku amat terkesan pada diri aku sebaik sahaja aku bgn dari tidur. Macam aku ckp tadi ia seolah-olah real. Contohnya mcm korang mimpi korang sedang berlari dan berpeluh bila korang bangun je memang korang berpeluh dan terasa cungap-cungap nafas korg tu dan korang ingat setiap perincian mimpi korang. And thats what happened to me. Jantung aku berdengup kencang, badan terasa sakit sini sana. Aku seperti takut untuk bangun dan hadapi realiti hari ini. Tangan aku mengigil. 

Perasaan ini membuatkan ingin berkongsi mimpi aku pada seseorang. Yela bila kita luahkan perasaan kita pada seseorang baru kita rasa lega sikit. Ye ke idok? Tapi malangnya bila aku ceritakan mimpi aku pada teman aku mak ai marah betol dia. Katanya "Nabi kata kalo mimpi buruk jgn bgtau orang" Aku yang tak pernah ambil tahu pasal mimpi mana tahu ini suma. Ye aku mengaku aku ni bodoh sikit hal-hal agama. Tapi aku tak salahkan dia sebab marahkan aku. Mungkin dia risaukan aku. Oh 3 4 minggu lepas dia ada cakap yang asik mimpikan aku. Mimpi yang kurang elok. Aku banyak kali mendesak dia ceritakan pada aku tapi dia tetap berkeras taknak cerita kat aku. Persoalannya, Adakah mimpi dia dan mimpi aku sama? Dan sebab tu dia marah sgt aku bgtau mimpi buruk aku kat dia. Sebab dia takot ia jadi realiti. 

Terkesan dengan kata-kata (Nabi ckp kalo mimpi buruk jgn bgtau org) kawan aku tu, aku pun google la nak tau kesahihan kata-kata dia. Maklumla tgk gaya kawan aku tu takde beriman sgt. Ye memang betol, Nabi s.a.w pernah bersabda tentang mimpi. 

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).
Walau apa pun, jangan obses sangat dengan mimpi sebab takut nanti jadi khurafat pula. So bila korang mimpi baik bangun ucaplah alhamdulillah dan bila korang mimpi buruk ludahlah 3 kali ke bahu kiri dan cakaplah a'uuzubillahi minasyaitoonir roojiim. Sesungguhnya hanya kepada Allah Kita berlindung. 
XOXO
Mamal Rahman

No comments: