Wednesday, March 12, 2014

Pencuri Hati

Nampak! Nampak! Nampak! Mamal excited nak update blog walaupun keje ini hari. Haha. Ok sebagai pembukaan ini Mamal nak ckp pasal......... hmmmmmm.. pasal CINTA. But why CINTA? Nth tibe-tiba terpikir nak tulis.

Pena dgr tak pepatah english "Women believe in what they hear and Men believe in what they see. Thats why Womens wear make up and Guys Lie" eh ade kaitan ke dgn tajuk kita hari ini? takpelah nak juga letak pepatah omputih. Oh sebenarnya aku nak kaitkan dengan kata-kata lelaki yang buat ramai wanita terjelumus ke kancah percintaan ini. Ya memang kaum Adam ni hebat dalam bab berkata-kata. Kata-kata mereka mengalahkan sang professor pintarnya. Lagi-lagi bila mahu mencuri hati si gadis. 

Kaum Hawa pula yang memang terkenal dengan sifat kelembutannya mudah pula cair dengan kata-kata hebat si Adam, lantas memberikan hati mereka kepada si Adam. "Hati aku dh dimiliki" "Dia yang curi hati aku" Kata-kata manja bila org bercinta. Wahai sang gadis sedarlah si Adam ini hanyalah insan biasa yang punya rasa BOSAN, yang pny rasa PENAT, MALAS dan mungkin mereka juga rasakan terlalu berat utk membawa hati ini lagi. Dan ketika itu kau akan dipersalahkan atau mungkin hati yang diberikan dulu mereka campak kat tepi jalan je. Senang! Memang senang, semudah ayat "Rasanya sampai sini saja kot. Dah takda hati nak pegi lagi" Kau ckp dh takde hati? kau ada 2 hati, hati kau dan hati aku! Kau buang hati aku lepastu kau ckp kau dah takde hati? 

Jiwa lembut wanita mana yang tak menitiskan air mata bila kata-kata itu dilontarkan? "Kau nak pegi mana? aku tak suruh kau pegi mana-mana. Aku nak kau jaga hati aku baik-baik. Itu saja" Percayalah mereka tak akan paham. Cara dorang pikir pun dh berbeza nikan pula nak paham kaum Hawa ni. Kau rasa dorang heran ke? Apa yang dorang kisah? Paling-paling pun dalam pikiran dorang tu "hoi aku lelakilah" EGO! Mr Egois mana pernah pikir pasal hati dan perasaan orang.

Kau boleh cakap dia kejam, kau boleh cakap dia takda hati perut tapi soalnya ada dia kisah? Kau sendiri yang cakap "Dia CURI hati aku" Dah memang sifat si PENCURI mcm tu. Dia rampas segalanya dari kau lepas tu dia tgglkan kau mcm tu aja. Pernah ke sang pencuri tanya "eh aku nak curi beg kau. kau ok ke tak?" tak pernah kan? begitu juga si PENCURI HATI takde bezanya. Cuma manusia jenis ini tak boleh didakwa di Mahkamah. Maknanya pencuri yang sah dari segi undang-undang la. 

Tapi sang pencuri hati kau juga kena jaga-jaga. Dont underestimate kaum Hawa ini. once kau remuk kan hati dia, it wouldn't be the same. NEVER be! Mereka akan jadi lebih KUAT, lebih TABAH, lebih KEBAL. Jadi bila korang dh campak hati mereka dan tiba-tiba korang rasa "oh tadi aku teremosi. takda niat pn nak campak hati u. Sorry ok" haha. Sang gadis akan kata "its ok syg its not your fault its mine" But believe me she will not be the same as she is when u first met her! Kau gila! kau igt Kaum Hawa ni bodoh sangat. dan mungkin masa itu hati dia dh mula mencari-cari orang lain yang boleh menjage hatinya dgn baik dan lebih bertangungjawab menjaga HATI. I still believe lelaki mcm itu masih wujud dalam dunia ni. Tapi sedikit rare, 1 dalam sejuta mungkin. 

Sebab itu orang selalu ckp "Tuhan tak akan temukan kita dgn seseorang melainkan utk memberi satu pengajaran" Well appreciate every person u met. dan bila bercakap pasal hati ini guys sedarlah hati ini satu bende yang sangat fragile dan kata-kata pula bersifat tajam, tajamnya lebih mengalahkan pisau yang baru diasah. Sebab tu orang tua-tua selalu kata "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa" Sampai begitu sekali perumpamaan dia.

Akhir kata, Jagalah kata-kata, jagalah hati and love while u still have time.

XOXO,
Mamal Rahman


2 comments:

ajashar said...

Peegh, kagum aku.. pandai berfalsafah kawan aku ni~

Mamal Rahman said...

bila aja.. pengalaman mematangkan kita.. hehe