Monday, March 31, 2014

Mainan Tidur

MIMPI. ada yang kata ia hanya mainan tidur. Ada juga yang percaya ia adalah petanda samaada baik atau buruk. Aku?

Aku tak pernah terkesan dengan mimpi-mimpi aku sebab selama ini aku percaya ia hanyalah mainan tidur (tp kalo mimpi jumpe lelaki hensem mesti berharap ia jd realiti), sehingga 1 hari dimana aku bermimpi ngeri(hantu) dan kebetulan esoknya tu ada ustaz dtg. Lalu aku yang naif ni pun bertanya pada ustaz benarkan mimpi aku itu sbb mimpi tu seolah-olah real (yela ketika itu aku tinggal di hostel yang agak creepy) Bila diceritakan mimpi aku pada ustaz, ustaz ingin melihat kamarku. Bila aku bawa ustaz ke kamarku ternyata apa yang aku nampak dalam mimpi aku adalah benar. Dan sejak dari itu bila aku sedar dari mimpi aku dan aku ingat setiap yang berlaku dalam mimpi itu aku yakin mimpi itu adalah satu petanda yang aku sendiri tak tahu baik buruknya.

Dan hari ini aku mimpi lagi. Mimpi yang kurang enak untuk diceritakan mahupun untuk didengari. Mimpi aku amat terkesan pada diri aku sebaik sahaja aku bgn dari tidur. Macam aku ckp tadi ia seolah-olah real. Contohnya mcm korang mimpi korang sedang berlari dan berpeluh bila korang bangun je memang korang berpeluh dan terasa cungap-cungap nafas korg tu dan korang ingat setiap perincian mimpi korang. And thats what happened to me. Jantung aku berdengup kencang, badan terasa sakit sini sana. Aku seperti takut untuk bangun dan hadapi realiti hari ini. Tangan aku mengigil. 

Perasaan ini membuatkan ingin berkongsi mimpi aku pada seseorang. Yela bila kita luahkan perasaan kita pada seseorang baru kita rasa lega sikit. Ye ke idok? Tapi malangnya bila aku ceritakan mimpi aku pada teman aku mak ai marah betol dia. Katanya "Nabi kata kalo mimpi buruk jgn bgtau orang" Aku yang tak pernah ambil tahu pasal mimpi mana tahu ini suma. Ye aku mengaku aku ni bodoh sikit hal-hal agama. Tapi aku tak salahkan dia sebab marahkan aku. Mungkin dia risaukan aku. Oh 3 4 minggu lepas dia ada cakap yang asik mimpikan aku. Mimpi yang kurang elok. Aku banyak kali mendesak dia ceritakan pada aku tapi dia tetap berkeras taknak cerita kat aku. Persoalannya, Adakah mimpi dia dan mimpi aku sama? Dan sebab tu dia marah sgt aku bgtau mimpi buruk aku kat dia. Sebab dia takot ia jadi realiti. 

Terkesan dengan kata-kata (Nabi ckp kalo mimpi buruk jgn bgtau org) kawan aku tu, aku pun google la nak tau kesahihan kata-kata dia. Maklumla tgk gaya kawan aku tu takde beriman sgt. Ye memang betol, Nabi s.a.w pernah bersabda tentang mimpi. 

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).
Walau apa pun, jangan obses sangat dengan mimpi sebab takut nanti jadi khurafat pula. So bila korang mimpi baik bangun ucaplah alhamdulillah dan bila korang mimpi buruk ludahlah 3 kali ke bahu kiri dan cakaplah a'uuzubillahi minasyaitoonir roojiim. Sesungguhnya hanya kepada Allah Kita berlindung. 
XOXO
Mamal Rahman

Wednesday, March 12, 2014

Pencuri Hati

Nampak! Nampak! Nampak! Mamal excited nak update blog walaupun keje ini hari. Haha. Ok sebagai pembukaan ini Mamal nak ckp pasal......... hmmmmmm.. pasal CINTA. But why CINTA? Nth tibe-tiba terpikir nak tulis.

Pena dgr tak pepatah english "Women believe in what they hear and Men believe in what they see. Thats why Womens wear make up and Guys Lie" eh ade kaitan ke dgn tajuk kita hari ini? takpelah nak juga letak pepatah omputih. Oh sebenarnya aku nak kaitkan dengan kata-kata lelaki yang buat ramai wanita terjelumus ke kancah percintaan ini. Ya memang kaum Adam ni hebat dalam bab berkata-kata. Kata-kata mereka mengalahkan sang professor pintarnya. Lagi-lagi bila mahu mencuri hati si gadis. 

Kaum Hawa pula yang memang terkenal dengan sifat kelembutannya mudah pula cair dengan kata-kata hebat si Adam, lantas memberikan hati mereka kepada si Adam. "Hati aku dh dimiliki" "Dia yang curi hati aku" Kata-kata manja bila org bercinta. Wahai sang gadis sedarlah si Adam ini hanyalah insan biasa yang punya rasa BOSAN, yang pny rasa PENAT, MALAS dan mungkin mereka juga rasakan terlalu berat utk membawa hati ini lagi. Dan ketika itu kau akan dipersalahkan atau mungkin hati yang diberikan dulu mereka campak kat tepi jalan je. Senang! Memang senang, semudah ayat "Rasanya sampai sini saja kot. Dah takda hati nak pegi lagi" Kau ckp dh takde hati? kau ada 2 hati, hati kau dan hati aku! Kau buang hati aku lepastu kau ckp kau dah takde hati? 

Jiwa lembut wanita mana yang tak menitiskan air mata bila kata-kata itu dilontarkan? "Kau nak pegi mana? aku tak suruh kau pegi mana-mana. Aku nak kau jaga hati aku baik-baik. Itu saja" Percayalah mereka tak akan paham. Cara dorang pikir pun dh berbeza nikan pula nak paham kaum Hawa ni. Kau rasa dorang heran ke? Apa yang dorang kisah? Paling-paling pun dalam pikiran dorang tu "hoi aku lelakilah" EGO! Mr Egois mana pernah pikir pasal hati dan perasaan orang.

Kau boleh cakap dia kejam, kau boleh cakap dia takda hati perut tapi soalnya ada dia kisah? Kau sendiri yang cakap "Dia CURI hati aku" Dah memang sifat si PENCURI mcm tu. Dia rampas segalanya dari kau lepas tu dia tgglkan kau mcm tu aja. Pernah ke sang pencuri tanya "eh aku nak curi beg kau. kau ok ke tak?" tak pernah kan? begitu juga si PENCURI HATI takde bezanya. Cuma manusia jenis ini tak boleh didakwa di Mahkamah. Maknanya pencuri yang sah dari segi undang-undang la. 

Tapi sang pencuri hati kau juga kena jaga-jaga. Dont underestimate kaum Hawa ini. once kau remuk kan hati dia, it wouldn't be the same. NEVER be! Mereka akan jadi lebih KUAT, lebih TABAH, lebih KEBAL. Jadi bila korang dh campak hati mereka dan tiba-tiba korang rasa "oh tadi aku teremosi. takda niat pn nak campak hati u. Sorry ok" haha. Sang gadis akan kata "its ok syg its not your fault its mine" But believe me she will not be the same as she is when u first met her! Kau gila! kau igt Kaum Hawa ni bodoh sangat. dan mungkin masa itu hati dia dh mula mencari-cari orang lain yang boleh menjage hatinya dgn baik dan lebih bertangungjawab menjaga HATI. I still believe lelaki mcm itu masih wujud dalam dunia ni. Tapi sedikit rare, 1 dalam sejuta mungkin. 

Sebab itu orang selalu ckp "Tuhan tak akan temukan kita dgn seseorang melainkan utk memberi satu pengajaran" Well appreciate every person u met. dan bila bercakap pasal hati ini guys sedarlah hati ini satu bende yang sangat fragile dan kata-kata pula bersifat tajam, tajamnya lebih mengalahkan pisau yang baru diasah. Sebab tu orang tua-tua selalu kata "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa" Sampai begitu sekali perumpamaan dia.

Akhir kata, Jagalah kata-kata, jagalah hati and love while u still have time.

XOXO,
Mamal Rahman


Come Back!!

Fuhhhh. Bismillahiramanirrahim. Ni memang lama sungguh tak update blog ni. Ada juga perasaan nak bungkus je blog ni, tapi bile baca-baca balik post lama, macam-macam kenangan terkenang kembali. Kadang ada yang aku sudah lupa. Maklumla diri tak semuda dulu. Mengenangkan dengan blog ni lah aku ingat peristiwa-peristiwa gembira sedih duka suka aku makanya terasa sayang plak nak bungkus blog ni. Timbul plak semangat nak update blog ni selalu. Kadang- kadang blog ni boleh gak jadi peneman luahan perasaan. 

Selama ni terlalu busy dgn kerja membataskan aku tuk berkarya diblog ini. Sekarang duduk rumah kau boleh cakap la mamal nak update blog selalu. Nnt dh start shooting.......... Anyways aku akan cuba sedaya upaya saya untuk update blog. Lagi pun Amanina Nazari kata dia pun nak start menulis balek. Tapi aku tgk tak update pn blog dia. haha..

Dalam come back Mamal kali ni(ecey mcm retis plak nak come back come back) mungkin anda akan lihat sisi lain Mamal. hmmm.. I mean since Mamal dh 25tahun of course Mamal dah matang, and the update pn matang-matang gitu(tolonglah percaya).

Oh untuk permulaan come back ni, Mamal akan post pasal benda yang pena Mamal tulis tapi Mamal tak post. Bila Baca balik eh best plak, knp aku tak post dlu eh? hehe. Ok lah, ini saja nukilan dari Mamal untuk permulaan ini.

XOXO,
Mamal Rahman